Social Icons

Pages

Monday, 26 March 2012

Jum Datang Terengganu kite



Nampak ke..?nampak ke..?buat-buat nampak kay..hari tu masa prgi hantar si suami kt\ay Johor ternampak buku ni kat hotel..Jadiii apa salahnya share kat sape2 yang NAK datang Terengganu tapi masih cari-cari kat mane nak pegi. Kalau nak shopping/ sale gilak-babeng like SOGO memang tiada tapi kalau nak makan angin keluar asap ini lah tempat nya..

EMmmm bagi mereka yang suke ke Pantai, Pantai Batu Burok is not the only beach kat terengganu, Pantai Pandak pun ada, Pantai Kelulut lagi, Pantai teluk Ketapang lagi...Lepas tu jangan lupe merasa nasi dagang..Si sabah tu pun masih suke..

Datang, jangan tak datang...Welcome

SAYANG isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan. Apakah??

Hiii..Assalam

Apakah..? Seringkali kita dengar peribahasa tersebut kita dengar tapi sejak berjauhan ni baru nak cari meaning behind the peribahasa..Untuk mengetahui lebih..letss see what goingggg on....

Isteri selalu mengharapkan suami sentiasa bersama keluarga setiap hari dan majoriti isteri mencurahkan kasih sayang segalanya kepada suami. Kerana itulah ramai isteri yang hilang pedoman apabila ditinggalkan suami samada dimadukan, diceraikan atau ditinggalkan untuk selama-lamanya.

Pepatah orang tua ada mengatakan “Sayangkan anak tangan-tangankan, Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”. Dalam Islam telah diajar bahawa kasih sayang kita jangan diutamakan kepada manusia termasuklah kepada suami atau isteri. Kita mesti paling utama menyayangi Allah swt, Nabi saw dan kemudian barulah suami ibubapa, suami dan isteri. Apabila kita terlalu menyayangi manusia apa akan berlaku apabila manusia itu tiada lagi kerana manusia ini pasti akan pergi. Tetapi apabila kita menyayangi Allah swt pasti DIA kekal abadi.
Tak kurang ramai isteri yang mengongkong suami supaya duduk di rumah sahaja bersama keluarga kerana takut dikebas wanita lain. Yang terbaik galakkan suami supaya mencari ilmu terutama ilmu agama untuk keperluan keluarga. Jangan terlalu risau apabila suami meninggalkan keluarga untuk beberapa waktu jika tujuannya baik. Jangan ada prasangka buruk apabila suami keluar kerana itu juga doa yang terus pada Allah tanpa hijap.

Isteri adalah hak untuk suami dan suami adalah insan yang mesti dipatuhi oleh isteri tetapi suami bukan hak seorang isteri. Syurga suami di bawah tapak kaki ibunya tetapi syurga isteri di bawah tapak kaki suaminya. Tugas isteri mendidik anak-anak yang dilahirkan. Tugas suami mendidik isteri yang dikahwini jika tidak mampu wajib suami mencarikan guru. Apa yang isteri buat akan dipersoalkan kepada suami kelak tetapi apa yang suami buat tidak akan dipersoalkan kepada isterinya kelak.
Kita pasti berharap bahawa kita juga kelak akan bertemu sebagai suami isteri di syurga yang kekal abadi.

Jadiii...wahai perempuan disana jgn pulak kesempatan ditinggal-tinggalkan untuk menjadi kecurang-curangan..Ayuh kita berilmu sebelum beramal...
 
 
Blogger Templates